Selasa, 2 Februari 2016 | 6:05pm

Fara Fauzana enggan jawab soal percintaan


PENYAMPAI radio, Fara Fauzana. NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman

KUALA LUMPUR: Penyampai radio, Fara Fauzana, 35, masih mengambil pendirian berdiam diri berhubung gosip percintaan dengan seorang juruterbang.

"Maaf, saya tidak mahu menjawab persoalan itu. Saya hadir ke sini untuk sidang media BoBoiBoy," katanya ringkas kepada BH Online.

Farah berkata demikian ketika hadir pada sidang media filem animasi itu di sini, sebentar tadi.

Desas-desus percintaan membabitkan penyampai radio wanita itu disiarkan dalam ruangan pojok sebuah akhbar tempatan kelmarin.

AG, gandingannya bagi slot pagi stesen radio Hot FM, sebelum ini mengusik dengan mengaitkan Fara dengan seorang juruterbang. Bagaimanapun, bintang Girlfriend Kontrak itu memilih mengunci mulut berhubung perkara berkenaan..

50 dibaca
Berita Harian X