Selasa, 2 Februari 2016 | 1:37am

Kanak-kanak cedera kaki tersepit eskalator


SEORANG kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera sebahagian kaki kanan selepas tersepit pada tangga eskalator sebuah pusat beli-belah terkemuka di Jalan Sultan Ismail, di sini, petang semalam.

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera sebahagian kaki kanan selepas tersepit pada tangga eskalator sebuah pusat beli-belah terkemuka di Jalan Sultan Ismail, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, sepasukan enam pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dihantar ke lokasi sejurus menerima laporan awam berhubung kejadian itu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata anggota bomba mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit di antara celah dinding dan konveyor tangga bergerak terbabit.

Difahamkan, kanak-kanak berkenaan ditemani bapa serta keluarganya ketika kejadian dan dipercayai mereka ke pusat beli-belah berkenaan untuk membeli-belah sempena cuti Hari Wilayah, semalam.

44 dibaca
Berita Harian X