Sabtu, 30 Januari 2016 | 12:16pm

Semangat Van Gaal pulih


PEMAIN Manchester United, Juan Mata menjaringkan gol pada babak kedua menerusi tandukan. - Foto Reuters

DERBY: Jaringan Daley Blind dan Juan Mata di babak kedua melegakan Louis van Gaal untuk memastikan kemenangan 3-1 Manchester United ke atas Derby Country dalam aksi pusingan keempat Piala FA, awal pagi tadi.

Van Gaal mengakui kekalahan di Stadium iPro mungkin akan menjejaskan kedudukannya selepas diejek susulan kekalahan 1-0 kepada Southampton di Old Trafford sebelum ini.

Wayne Rooney membuka jaringan namun disamakan oleh George Thorne sebelum Blind dan Mata menemui gawang untuk United mara ke peringkat 16 pasukan, sekali gus mengurangkan tekanan dihadapi Van Gaal.

"Pada rehat separuh masa, saya beritahu yang ia adalah aksi terbaik. Kekalkan aksi seperti ini dan kita mampu meraih kemenangan. Akhirnya kita berjaya lakukan.

"Liga Perdana Inggeris cukup penting tetapi Piala FA juga satu piala yang hebat di England dan memiliki sejarah yang hebat. Kami mahu menang pertandingan ini selepas lama gagal melakukannya," kata Van Gaal. - AFP


PENYERANG Manchester United, Wayne Rooney bersaing dengan pemain Derby Country, Richard Keogh pada aksi Piala FA di Stadium iPro, Pride Park, Derby, awal pagi tadi. - Foto AP

Berita Harian X