Jumaat, 29 Januari 2016 | 10:56pm

Chelsea kekal paling banyak belanja perpindahan Januari

LONDON: Arsene Wenger menyifatkan jendela perpindahan Januari tidak adil memandangkan Arsenal hanya berbelanja tiga kali lebih kurang berbanding Chelsea sejak 2003.

Ini dibuktikan menerusi Chelsea yang mendapatkan Fernando Torres dengan harga 50 juta pound (RM298 juta) sekali gus menjadikan penyerang Sepanyol itu sebagai pembelian termahal pada jendela perpindahan Januari lima tahun lalu.

Faktor ini juga menjadikan Chelsea sebagai kelab terbesar yang berbelanja untuk Januari dengan jumlah keseluruhan sebanyak 214.2 juta pound (RM1.27 billion) diikuti tiga kelab lain iaitu Manchester City dengan 131.1 juta pound (RM781 juta), Liverpool dengan 120.1 juta pound (RM716 juta) dan Tottenham Hotspurs yang membelanjakan 105.7 juta pound (RM630 juta).

Selain itu, Manchester United juga membelanjakan 87.2 juta pound (RM520 juta) untuk jendela perpindahan Januari diikuti Arsenal dengan 68.9 juta pound (RM410 juta) sekali gus membuktikan pasukan berkenaan tidak gemar berbelanja pada sesi perpindahan musim sejuk dan mahukan ia dimansuhkan.

"Saya berpendapat tidak perlunya jendela perpindahan pada Januari atau kita boleh mengehadkan untuk mendapatkan dua pemain sahaja," kata Wenger pada 2013.

Perbelanjaan jendela perpindahan Januari sejak 2003:

Chelsea: STG214.2m (RM1.27 billion)

Manchester City: STG131.1m (RM781 juta)

Liverpool: STG120.1m (RM716 juta)

Tottenham Hotspur: STG105.7m (RM630 juta

Manchester United: STG87.2m (RM520 juta)

Arsenal: STG68.9m (RM630 juta)

Newcastle United: STG63.1m (RM376 juta)

Aston Villa: STG50.4m (RM300 juta)

West Ham: STG44m (RM262 juta)

Sunderland: STG37.4m (RM223 juta)

Southampton: STG26.5m (RM158 juta)

Everton: STG23.2m (RM138 juta)

Crystal Palace: STG22.2m (RM132 juta)

Stoke City: STG21.4m (RM127 juta)

Norwich City: STG15.7m (RM93 juta)

Leicester City: STG14.4m (85 juta)

Swansea City: STG12.2m (RM72 juta)

West Bromwich Albion: STG11.8m (RM70 juta)

Watford: STG5.4m (RM32 juta)

Bournemouth: STG2.4m (RM14 juta)

-Agensi

Berita Harian X