Rabu, 27 Januari 2016 | 7:24pm

Empat lagi mayat PATI ditemui petang ini


ANGGOTA polis mengangkat mayat pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia di temui terdampar di pantai selepas bot dinaiki mereka karam di pantai Tanjung Kelisa, Kota Tinggi. - Foto Ahmad Othman

KOTA TINGGI: Empat lagi mayat pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditemui di Pantai Sungai Tengah, dekat sini petang tadi. 

Ketua Operasi dan Mencari/Ops Landai Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor, Asisten Superintendan Zakaria Yahya, berkata dua mayat lelaki ditemui pada jam 1.50 petang tadi, manakala dua lagi kira-kira jam 2.30 petang. 

"Mayat berkenaan ditemui kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian di Pantai Sungai Tengah, di sini," katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Beliau berkata, sembilan mayat PATI ditemui setakat ini sejak jam 7 pagi tadi di pantai berkenaan, manakala 13 mayat ditemui semalam. 

Kumpulan PATI itu dipercayai memasuki perairan Pantai Sungai Tengah, di sini kira-kira jam 4 pagi semalam, sebelum bot yang mereka naiki karam akibat ombak kuat menyebabkan mangsa tercampak ke laut dan lemas.

Berita Harian X