Selasa, 26 Januari 2016 | 12:15am
Pertahanan Liverpool, Dejan Lovren.

Lovren bakal perkuat semula benteng Liverpool

LIVERPOOL: Pertahanan Dejan Lovren dijangka memperkuatkan semula benteng Liverpool menjelang pertembungan separuh akhir kedua Piala Liga menentang Stoke City di Anfield, awal pagi Rabu.

Pengurus pasukan, Jurgen Klopp bagaimanapun mengakui seorang lagi pertahanan Nathaniel Clyne kemungkinan tidak dapat beraksi dalam perlawanan itu kerana cedera lutut.

Lovren tidak beraksi sejak mengalami hamstring ketika separuh akhir pertama pada 5 Januari lalu yang menyaksikan Liverpool menang 1-0, tetapi dia sudah kembali menjalani latihan dengan pasukan utama.

"Selepas tiga minggu, Dejan kembali menjalani latihan bersama pasukan semalam," kata Klopp. "Ia adalah berita baik, tetapi selepas tiga minggu, kami perlu melihat prestasinya terlebih dulu."

Clyne pula cedera ketika kemenangan dramatik Liverpool 5-4 ke atas Norwich City dalam saingan liga Sabtu lalu, sekali gus Jon Flanagan dijangka membuat penampilan pertamanya selepas berehat panjang kerana menjalani pembedahan lutut pada akhir musim 2013-14. - Reuters

Berita Harian X