Ahad, 24 Januari 2016 | 9:38am

Kloop anggap pertahanan Liverpool macam sampah


JURGEN Klopp.

LONDON: Jurgen Klopp menyelar pertahanan Liverpool sebagai 'sampah' selepas melepaskan empat gol ketika kemenangan luar biasa ke atas Norwich, namun menegaskan mereka semakin baik.

The Reds melepaskan lapan gol dalam tiga perlawanan liga terakhir sekali gus menyaksikan anak didik Klopp bergelut dengan masalah pertahanan walaupun mencatatkan kemenangan pertama selepas empat perlawanan.

Adam Lallana menjaringkan gol pada minit keempat dalam masa kecederaan untuk melengkapkan kebangkitan semula menakjubkan selepas Liverpool ketinggalan 3-1.

"Ia adalah perlawanan yang sukar dipercayai. Saya rasa kami berhak menang dalam permainan yang menakjubkan. Tetapi kami perlu menyelesaikan segala masalah kerana ini tidak akan selalu terjadi.

"Kami melepaskan empat gol tetapi kami bertahan lebih baik (dari permainan lain baru-baru ini). Kami mempunyai formasi yang lebih baik, organisasi yang lebih baik dan kami melakukan apa yang perlu dilakukan.

"Ia adalah sama seperti kehidupan, menyelesaikan satu masalah dan anda berdepan satu lagi yang lain. Sekarang, kami perlu menyelesaikan masalah ini dan berharap kami lebih baik dalam tempoh dua hari sebelum perlawanan dengan Stoke," kata Klopp. - AGENSI

Berita Harian X