Sabtu, 23 Januari 2016 | 8:18am

Suami Celine Dion diberi penghormatan terakhir


CELINE Dion bersama anak lelakinya, Rene Charles (dua dari kiri) serta kembar Nelson dan Eddy memberi penghormatan terakhir kepada suaminya, René Angélil, di Notre-Dame Basilica, Kanada. - Foto EPA

MONTREAL: Pemimpin politik Kanada dan penghibur menyertai penyanyi tersohor, Celine Dion untuk memberi penghormatan terakhir kepada suami beliau, René Angélil, insan yang bertanggungjawab membawanya keluar daripada zaman kegelapan kanak-kanak dan melonjaknya ke persada antarabangsa.

Majlis pengebumian Angélil yang disiarkan secara langsung pada Jumaat, diadakan di Notre-Dame Basilica, gereja mendiang dan Dion berkahwin 21 tahun lalu.

Angélil meninggal dunia pada 14 Januari lalu ketika berusia 73 tahun.

Tambil dengan vel dan gaun hitam, Dion memasuki gereja dengan anak kembar lima tahun, Eddy dan Nelson yang turut berpakaian hitam dan bertopi hitam sambil memegang tangan ibu mereka.

Dion meletakkan bunga calla lilies berwarna ungu di atas keranda suaminya.

Lagunya "Trois heures vingt" (Twenty minutes past three) berkumandang ketika dia dan ahli keluar tiba pada kira-kira jam 3:20 petang.

Anak lelaki berusia 14 tahun, René-Charles, pula kelihatan mengiringi ibu Dion.

Katanya: "Saya bernasib baik kerana dilahirkan dalam keluarga yang tersemai begitu banyak rasa kasih sayang, ..saya sayang papa. Saya saya awak, ayah."

Sementara itu, anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu, Patrick Angelil, turut memberi penghormatan kepada Angelil. - Reuters

18 dibaca
Berita Harian X