Sabtu, 23 Januari 2016 | 12:03am

Kaki kambing Singapura

CEF Zawara Cafe, Mohd Shah Elme Mohd Rafee menunjukkan Singapore Red Lamb Shank. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

HIDANGAN kambing sering kali dijadikan menu pada majlis keraian. Ia dianggap satu hidangan istimewa kerana keenakan dagingnya yang sentiasa membangkitkan selera.

  Justeru, sebut saja hidangan kambing pasti ramai yang terliur serta ternanti-nanti untuk menikmatinya.

  Menariknya, daging kambing boleh disajikan dalam pelbagai hidangan seperti dipanggang atau dibuat sup dan dimasak kari serta banyak lagi resipi lain. Terpulang kreativiti dan cita rasa masing-masing untuk menikmati daging yang dikatakan mempunyai banyak khasiat ini.

   Namun, antara bahagian kambing yang popular dan enak dimasak serta dinikmati ialah kaki kambing atau lebih dikenali dengan lamb shank. Bahagian ini dikatakan memberikan rasa aroma tersendiri apabila dimasak dan rasanya manis.

Sedap dan lembut

Bagaimanapun, untuk mendapat kaki kambing yang sedap dan lembut, daging itu perlu dimasak dalam tempoh agak lama. Hidangan itu juga dianggap mewah dan sering kali menjadi menu pilihan di hotel lima bintang.

   Namun, restoran Zawara Coffee menawarkan hidangan ini dengan harga berpatutan. Minggu ini, Aroma Kulinari berkongsi resipi hidangan ini dan anda boleh mencuba sendiri di rumah.

  Cef Zawara Cafe, Mohd Shah Elme Mohd Rafee berkongsi resipi, Singapore Red Lamb Shank dan cara menyediakannya.

BAHAN-bahan untuk membuat Singapore Red Lamb Shank. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Bahan-bahan:

Seketul kaki kambing (lamb shank)

5gram (g) serbuk cili

4g serbuk kari-

2g serbuk ketumbar

1 inci halia

3 ulabs bawang putih

40mililiter (ml) sos cili

40ml sos tomato

3g daun ketumbar

100ml air

10g stok daging

Garam secukup rasa

Cara-cara membuat sos :

1. Panaskan periuk dengan nyalaan api yang sederhana

MASUKKAN bancuhan air oren. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

2. Seterusnya memasukkan bahan-bahan seperti bawang putih, halia, sos tomato, serbuk cili, serbuk ketumbar, serbuk kari dan daun ketumbar ke dalam periuk.

3. Tambahkan air mengikut citarasa kepekatan sos terbabit.

4. Masukkan garam secukup rasa dan stok daging sebagai penambah rasa.

MASUKKAN hirisan bawang putih dan halia. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

5. Tunggu sehingga sos menjadi pekat dan mendidih kemudian kecilkan nyalaan api.

6. Kacau sehingga rata, pastikan tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sekiranya terlalu pekat, tambah dengan sedikit air. 

MASUKKAN ketulan kambing dalam kuah. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Cara-cara menyediakannya :

1. Masukkan kaki kambing ke dalam periuk periuk tekanan.

2. Kemudian, tuangkan ke semua sos yang sudah di masak sebentar tadi ke dalam periuk terbabit dan rebuskan.

3. Biarkan selama 1 jam 30 minit dalam nyalaan api yang sederhana.

4. Hidangan siap dimakan bersama roti pilihan anda. 

Berita Harian X