Khamis, 21 Januari 2016 | 1:19pm
KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem. - Foto Jeakqleyn Yacho

Rundingan pembahagian kerusi SUPP, UPP buntu

KUCHING: Rundingan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berhubung pembahagian kerusi antara parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan parti serpihannya, parti Rakyat Bersatu (UPP), menjelang pilihan raya negeri tahun ini disifatkan 'kurang berjaya'.

Timbalan Presiden SUPP, Datuk Seri Richard Riot Jaem, berkata tiada persetujuan bersama antara partinya dengan UPP berkaitan kerusi, namun kedua-dua pihak bersetuju kerusi yang ditandingi perlu memihak kepada Barisan Nasional (BN).

"SUPP mahu mempertahankan 19 kerusi dan tambahan dua kerusi baharu. Bagi kerusi SUPP yang diisi calon Dayak pada pilihan raya negeri sebelum ini, saya sendiri dipertanggungjawabkan membantu Adenan dalam soal pemilihan calon.

"Tanggungjawab itu merangkumi kerusi yang dulunya dimiliki SUPP, namun kini penyandangnya sudah berada dalam UPP, " katanya dalam sidang media, di sini sebentar tadi.

Berita Harian X