Rabu, 20 Januari 2016 | 11:51am

Serena mudah mara ke pusingan ketiga


SERENA Williams mara ke pusingan ketiga Terbuka Australia hari ini selepas menang ke atas pemain Taiwan, Hsieh Su-wei. - Foto AFP

MELBOURNE: Pemain nombor satu dunia yang juga penyandang juara, Serena Williams mara ke pusingan ketiga Terbuka Australia hari ini selepas menang ke atas pemain Taiwan, Hsieh Su-wei.

Juara enam kali di Melbourne Park, Serena yang mahu menyamakan rekod kemenangan Steffi Graf sebanyak 22 kejuaraan Grand Slam, mudah menundukkan Hsieh 6-1, 6-2 di gelanggang Rod Laver Arena.

Lawannya selepas ini ialah pemain Russia, Daria Kasatkina dan sekiranya menang, pemain Amerika Syarikat itu bakal bertemu pencabar utamanya, Maria Sharapova di peringkat suku akhir. - AFP

Berita Harian X