Selasa, 19 Januari 2016 | 8:03am

Liverpool sambung kontrak Mignolet hingga 2021


PENJAGA gol Liverpool, Simon Mignolet. -Foto EPA

LONDON: Penjaga gol Liverpool, Simon Mignolet dilaporkan disambung kontraknya hingga 2021, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu.

"Saya amat berbangga yang saya boleh berada di Anfield dan menjadi sebahagian daripada Liverpool untuk tempoh lama," kata pemain kebangsaan Belgium itu yang berusia 27 tahun.

Miglonet sebelum ini hanya terlepas tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris sejak 2013, membuat 122 penampilan bersama kelab selepas tiba dari Sunderland.

Namun, pengurus pasukan Jurgen Klopp terpaksa mempertahankan pemainnya itu musim ini selepas prestasi hambar oleh pemain berusia 27 tahun itu, termasuk ketika terikat 3-3 dengan Arsenal minggu lalu.

"Saya mahukan penjaga gol yang membantu, seorang penjaga gol yang berani dan cuba segala-galanya," kata Klopp bulan lalu mengenai pemainnya itu.

Mignolet dalam pada itu berkata, kontrak baharunya itu tiba dengan tambahan tanggungjawab: "Usia saya bertambah meningkat dan ramai akan berkata yang ada tahun di mana seorang penjaga gol berdepan saat terbaiknya." - Reuters

Berita Harian X