Selasa, 19 Januari 2016 | 1:12am

"Blackstar" duduki tangga teratas carta Billboard

ALBUM David Bowie berjudul 'Blackstar'. - Foto EPA

NEW YORK: Album David Bowie berjudul "Blackstar" menduduki carta teratas Billboard, kali pertama buat mendiang penyanyi Britain itu.

Menurut Nielsen Music, sejak ia dikeluarkan dua hari sebelum Bowie meninggal dunia akibat kanser 10 Januari lalu, "Blackstar" sudah terjual sebanyak 174,000 unit.

Ia minggu jualan paling laris Bowie sejak Nielsen mula merekodkan pembelian muzik secara elektronik pada tahun 1991.

Bowie menyingkirkan album "25" milik Adele, yang turun ke tangga kedua selepas tujuh minggu mengungguli carta.

Album komplikasi tahun 2002 "Best Of Bowie" juga meningkat naik dalam carta Nombor 4 dengan jualan sebanyak 94,000 unit. - AP

Berita Harian X