Isnin, 18 Januari 2016 | 12:57pm

Cross-Border e-Commerce Conference dapat sambutan


Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Dzulkifli Mahmud.

KUALA LUMPUR: Cross-Border e-Commerce Conference, persidangan e-perdagangan pertama anjuran MATRADE, mendapat sambutan memberangsangkan apabila 858 peserta daripada 600 syarikat membuat pra pendaftaran hanya dalam tiga minggu.

Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Dzulkifli Mahmud, berkata ia adalah petanda positif dikalangan perniagaan di negara ini dalam menerima pakai e-perdagangan untuk tujuan eksport.

Beliau berkata, daripada 600 syarikat yang mengambil bahagian 50 peratus adalah syarikat yang berdaftar dengan MATRADE.

"Sebanyak 85 peratus daripada syarikat yang mengambil bahagian terbabit dalam sektor pembuatan, 30 peratus diusahakan golongan wanita, dan 30 peratus Bumiputra," katanya pada persidangan itu di sini pagi tadi.

Berita Harian X