Isnin, 18 Januari 2016 | 12:03am

Haier perkenal TV pintar siri U5000


PENGARAH Urusan Haier Electrical Appliances, Shi Zhiyuan (tiga dari kanan) dan Pengurus Produk Haier Electrical Appliances, Soo Ze Xin (tiga dari kiri) ketika melancarkan siri televisyen pintar, U5000. - Foto Rosela Ismail

HAIER baru-baru ini melancarkan satu siri televisyen pintar, U5000 yang menampilkan tiga saiz skrin berbeza di negara ini.

Televisyen itu bersaiz 49 inci, 43 inci dan 40 inci yang mempunyai akses mudah ke aplikasi seperti Google Chrome Browser, YouTube dan Lazada.

Pengguna juga boleh mengubah suai pilihan aplikasi kegemaran mereka menerusi televisyen terbabit.

Rangkaian siri televisyen U5000 turut memperoleh pensijilan rasmi Perkhidmatan Mudahalih Google (GMS) pada peringkat global yang dilengkapi dengan Google Play Store, sekali gus membolehkan akses kepada aplikasi muat turun tanpa batasan.

Televisyen ini dikuasakan oleh unit pemprosesan pusat quad-core (CPU) dan unit pemprosesan grafik empat teras (GPU) dan menggunakan Android 4.4 yang diuji sebagai sistem terbaik untuk televisyen, memori flash dalaman 8GB serta akses WiFi 1080P kualiti penuh HD.


PELANCARAN siri televisyen pintar, U5000 yang menampilkan tiga saiz skrin - Foto Rosela Ismail

Selain itu, televisyen berkenaan membolehkan pelbagai tugasan pada skrin yang membenarkan tontonan dan menyentuh menu secara serentak.

Ia juga boleh memaparkan gambar, muzik atau video daripada peranti mudahalih pengguna, termasuk telefon mudahalih dan tablet.

Di samping itu, ia turut memaparkan kualiti gambar yang jelas pada 1080P HD penuh dengan sokongan H265 dan menyokong peranti USB3.0.

Televisyen berkenaan adalah mesra alam sekitar dan jimat tenaga dengan penggunaan kuasa dikurangkan kepada 0.5W hasil daripada reka bentuk litar yang ditambah baik, selain lulus ujian Arahan Mengehadkan Bahan Berbahaya (RoHS).

Ia dijual pada harga RM2,599 bagi 49 inci, RM1,899 (43 inci) dan RM1,699 (40 inci).

18 dibaca
Berita Harian X