Selasa, 14 Oktober 2014 | 3:26pm

Jenazah bapa MB Perak selamat dikebumi


MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyiram air mawar ke pusara bapanya, Abd Kadir Mohammad, 73, yang disemadikan selepas solat zuhur di Tanah Perkuburan Masjid Teluk Raja Bayang, Pulau Pangkor. NSTP/Muhaizan Yahya.

PANGKOR: Jenazah Abdul Kadir Muhammad, 73, bapa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang meninggal dunia akibat serangan jantung selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kampung Teluk Raja Bayang pada kira-kira 2.50 petang.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menziarahi jenazah.

Turut hadir EXCO kerajaan negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.

Allahyarham yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi menghembuskan nafas terakhir di Hospital Desa Pangkor pada 1.10 pagi tadi.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Pak Karim meninggalkan tujuh anak termasuk Zambry.

- BERNAMA

37 dibaca
Berita Harian X