Selasa, 14 Oktober 2014 | 11:17am
SULTAN Perak, Sultan Nazrin Shah berangkat menziarahi jenazah bapa Menteri Besar Perak, Abd Kadir Muhammad, 73, yang meninggal dunia jam 1.10 pagi tadi di Kampung Teluk Raja Bayang di sini, hari ini. - Foto NSTP

Sultan Perak berangkat ziarah jenazah bapa MB Perak

PANGKOR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berangkat menziarahi jenazah bapa kepada Menteri Besar Perak, Abd Kadir Muhammad, 73, yang meninggal dunia jam 1.10 pagi tadi di Kampung Teluk Raja Bayang di sini.

Baginda yang tiba jam 11 pagi mengucapkan takziah kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry dan ahli keluarga yang lain.

Allahyarham atau lebih dikenali sebagai Pak Karim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Desa Pangkor di Pulau Pangkor kerana serangan jantung.

Arwah meninggalkan tujuh anak.

Arwah telah berkhidmat sebagai Ketua Kampung Teluk Raja Bayang selama 23 tahun sebelum bersara tahun lalu.

Jenazah dijangka akan disemadikan selepas solat zuhur di Tanah Perkuburan Masjid Teluk Raja Bayang, Pulau Pangkor.

27 dibaca
Berita Harian X