Khamis, 14 Januari 2016 | 5:14pm
SEORANG wanita hilang sebahagian lengan akibat dibaham buaya di sungai sebuah bandar kecil di barat laut Australia. - Foto Google

Buaya baham lengan wanita

PERTH: Seorang wanita hilang sebahagian lengan akibat dibaham buaya di sungai sebuah bandar kecil di barat laut Australia.

Usaha memburu untuk memerangkap dan membunuh reptilia buas itu giat dijalankan.

Perkhidmatan Kesihatan Australia Barat berkata, mangsa berusia lingkungan 60-an, berada di Three Mile Creek di Wyndham, kira-kira 3,200 kilometer ke utara Perth, tengah hari semalam apabila diserang haiwan berkenaan.

Pengurus operasi St John Ambulans Wilayah Utara, Craig Garraway, berkata mangsa diterbangkan ke Hospital Diraja Darwin dalam keadaan stabil dan menjalani pembedahan lewat semalam.

"Beliau berada di sebuah sungai kecil 300 meter dari Kafe Five Rivers di Lebuh Raya Great Northern, ketika buaya itu tiba-tiba keluar dan menyerangnya.

"Ia keluar dari air dan menangkap mangsa, membuat pusingan dan menggigit lengan mangsa dekat bahagian siku," kata pemilik kafe, Michael Snowball. - AFP

Berita Harian X