Khamis, 14 Januari 2016 | 11:03am

Militan Kurdish serang balai polis Turki, 22 cedera


SEKURANG-KURANGNYA 22 orang cedera dalam serangan bom oleh militan Kurdish ke atas balai polis di wilayah bergolak di tenggara Turki, hari ini. - Foto REUTERS

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 22 orang cedera dalam serangan bom oleh militan Kurdish ke atas balai polis di wilayah bergolak di tenggara Turki, hari ini.

Agensi berita Dogan berkata, bom kereta yang dibawa militan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) menyebabkan kerosakan teruk di bahagian dinding luar balai polis di bandar Cinar, wilayah Diyarbakir.

Militan terbabit kemudiannya meneruskan serangan dengan roket dan tembakan jarak jauh.

Gogan berkata, kawasan kuarters pegawai polis berhampiran turut terkena bom, menyebabkan isteri dan anak mereka cedera.

Katanya, seramai 22 orang mengalami kecederaan. - AFP

Berita Harian X