Selasa, 12 Januari 2016 | 1:20pm
JURUMUDI pasukan Uranus, Mohd Masyuri Rahmat membuat persiapan kapalnya, Uranus, di Royal Langkawi International Regatta 2016. - Foto Eizairi Shamsudin

Oi! ungguli perlumbaan 'Harbour Race'

LANGKAWI: Pasukan juara bertahan kelas Racing Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi, Oi! bermula dengan langkah kanan apabila muncul pemenang Perlumbaan 1 di Kelab Kapal Layar Diraja Langkawi, sebentar tadi.

Pasukan dari Australia yang dikemudi Peter Ahern itu memenangi perlumbaan 'Harbour Race' dengan catatan satu jam lapan minit dan 30 saat mengatasi pasukan senegara, Alive yang mencatat 1:09:16s.

Wakil tunggal negara dalam kelas perlumbaan itu, Ulumulu yang dikemudi pelayar berpengalaman, Jeremy Koo meraih tempat ketiga dengan catatan 1:10:03s manakala Millenium Racing (Australia) keempat, 1:11:01s.

Sementara itu dalam kelas IRC1, wakil negara dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Uranus yang dikendali Mohd Masyuri Rahmat meraih penamat di kedudukan kedua Perlumbaan 1 dengan catatan 46 minit dan 20 saat.

Uranus ketinggalan kira-kira seminit daripada pemenang dari Australia, Fujim manakala pasukan dikendali Scott Bradley (Emagine) melakar penamat di kedudukan ketiga dengan catatan 47:39s.

Berita Harian X