Isnin, 13 Oktober 2014 | 4:23pm
ANGGOTA Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kuala Muda meninjau lokasi dua remaja berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang ketika memancing di Pantai Merdeka, hari ini. - Foto Email

Dua pelajar dikhuatiri lemas ketika memancing di Pantai Merdeka

SUNGAI PETANI: Dua pelajar lelaki masing-masing berusia 16 tahun dikhuatiri lemas selepas hilang ketika memancing di pinggir laut di Pantai Merdeka, dekat sini, tengah hari tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika mangsa, Mohd Azami Ahmad Husaini dan Mohd Hazwan Shaudin, mengharungi air laut yang surut, sebelum dihanyutkan ombak.

Sehingga kini usaha mencari kedua-dua mangsa sedang dijalankan dengan bantuan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Difahamkan, ketika kejadian kedua-dua mangsa memancing bersama empat lagi rakan lain.

14 dibaca
Berita Harian X