Selasa, 12 Januari 2016 | 9:12am

Lebih banyak tindakan seperti ini Trump - aktivis


GAYA calon presiden Republican, Donald Trump sewaktu berucap di Bridge View Center, Ottumwa, Iowa. - Foto REUTERS


GAYA calon presiden Republican, Donald Trump sewaktu berucap di Bridge View Center, Ottumwa, Iowa. - Foto REUTERS

NEW YORK: Calon presiden Republican, Donald Trump, menerima mesej 'Anda akan terima lebih banyak tindakan seperti ini', daripada anggota kumpulan aktivis hak asasi manusia yang diusir daripada kempennya selepas membuat bantahan secara senyap.

"Jika Trump kembali ke kawasan kami, kami akan melawatnya," kata Marty Rosenbluth, peguam pendatang yang menyokong Rose Hamid, wanita Islam bertudung yang menjadi sensasi media selepas diusir daripada satu majlis di Carolina Selatan.

Pada Disember lalu, Trump mencadangkan larangan sementara dikenakan ke atas umat Islam daripada memasuki Amerika Syarikat berikutan serangan di Paris yang mengorbankan 130 orang.

Kenyataan beliau dikecam ahli politik Republican dan Democrat, dengan ramai berkata, sekatan itu tidak praktikal dan tidak mengikut Perlembagaan.

Majlis Trump kerap menyaksikan penunjuk perasaan cuba mengganggu prosiding dengan menjerit dan menjulang sepanduk.

Namun kumpulan penunjuk perasaan di Rock Hill menggunakan taktik berbeza. - Reuters

Berita Harian X