Isnin, 11 Januari 2016 | 1:12pm
KEK pada sambutan hari lahir Siti Nurhaliza di Jakarta.
KRIS Dayanti turut hadir memeriahkan majlis kejutan ulang tahun Datuk Siti Nurhaliza.
DATUK Siti Nurhaliza pada majlis sambutan hari lahirnya di Jakarta.

Siti sambut hari lahir ke-37 di Jakarta


DATUK Siti Nurhaliza diraikan bersama kelab peminat, Sitizoners Indonesia.


DATUK Siti Nurhaliza bersama sahabat karibnya, Kris Dayanti.

KUALA LUMPUR: Buat julung kali, penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza, menyambut ulang tahun kelahirannya di Indonesia bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, semalam.

Sahabat karib beliau yang juga artis ternama negara berkenaan, Kris Dayanti, turut hadir memeriahkan majlis kejutan ulang tahun ke-37 penyanyi Mikraj Cinta itu bersama kelab peminat, Sitizoners Indonesia.

Menurut kakak ipar yang juga pengurus peribadi Siti, Rozi Abdul Razak, pada awalnya Siti keberatan untuk meraikan hari jadinya di luar negara kerana ingin menyambutnya bersama-sama keluarga seperti biasa.

"Bagaimanapun, atas permintaan sebuah stesen televisyen di sana yang mahukan Siti membuat persembahan sempena ulang tahun mereka, malam ini, Siti menerima undangan berkenaan. Beliau terlebih dulu mengadakan perbincangan bersama suami berhubung perkara itu," katanya kepada BH Online.

Menurut Rozi, Siti juga teruja untuk meraikan hari jadinya di Jakarta apabila Datuk K berhasrat untuk menjalani rawatan fisioterapi di sebuah hospital di sana.

Dalam pada itu, media sosial dibanjiri ucapan hari jadi daripada rakan selebriti dan peminat, khas buat penyanyi nombor satu negara itu.


DATUK K turut menyambut ulang tahun kelahiran Datuk Siti Nurhaliza di Indonesia.
Berita Harian X