Jumaat, 8 Januari 2016 | 4:32pm

Pellegrini mula dihambat dilema


PENGURUS Manchester City, Manuel Pellegrini. - Foto REUTERS

NORWICH: Manuel Pellegrini kini berdepan dilema memilih pemain menjelang pertemuan aksi Piala FA di Norwich, malam esok dengan usaha mengekalkan Manchester City di landasan tepat dalam persaingan.

Pellegrini menyatakan Piala FA juga menjadi tumpuannya dalam jadual sepanjang Januari yang merangkumi sekurang-kurangnya tujuh perlawanan.

Pengendali City itu berpendapat pasukannya akan bergelut untuk mendapatkan masa bagi mengharungi semua perlawanan jika mereka layak ke final dalam ketiga-tiga persaingan merebut piala.

Persaingan dalam Liga Juara-Juara menjadi prospek yang baik dan mereka berterima kasih terhadap hasil proses undian, walaupun skuad Pellegrini berpeluang ke Wembley dalam saingan Piala Liga dengan bangkit menamatkan defisit 2-1 menentang Everton, penghujung bulan ini.

Memberi fokus kepada kedua-dua pertandingan di samping cabaran Liga Perdana Inggeris, Pellegrini bakal melakukan penggiliran skuadnya apabila berkunjung ke Norwich pada perlawanan pusingan ketiga Piala FA.

"Ia membabitkan banyak permainan. Jika anda bertanya kepada saya, saya sentiasa memilih untuk bermain dalam semua pertandingan," kata Pellegrini.

"Tetapi saya bimbang dengan Piala FA, kerana selepas pusingan awal, anda mula perlu menangguhkan perlawanan Liga Perdana Inggeris untuk meneruskan perlawanan.

"Saya tidak pasti jika anda boleh meneruskannya dalam semua pertandingan. Saya fikir jika anda bermain di separuh akhir Piala FA dan berada di separuh akhir Liga Juara-Juara, maka anda tidak mempunyai masa untuk bermain dalam semua perlawanan Liga Perdana Inggeris." - AFP

Berita Harian X