Ahad, 17 Ogos 2014 | 5:37pm
BINTANG Piala Dunia Jerman yang menjulang trofi keagungan itu di Brazil, (dari kiri) Per Mertesacker, Lukas Podolski, and Mesut Ozil. - Foto Getty Images

EPL: Khidmat trio Jerman ditagih Wenger di Eropah

LONDON: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui sedang menimbang untuk menyenaraikan trio juara pemain Piala Dunia Jerman menjelang pertembungan play-off Liga Juara-Juara Eropah bertemu Besiktas, awal pagi Rabu depan.

The Gunner akan membuat kunjungan ke Turki selepas mencatat kemenangan sukar 2-1 pada perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang kelab tanpa pengurus, Crystal Palace, awal pagi tadi.

Dalam perlawanan di Emirates itu, Wenger merehatkan ketiga-tiga bintang Piala Dunia Jerman yang menjulang trofi keagungan itu di Brazil, Mesut Ozil, Per Mertesacker dan Lukas Podolski.

Namun risiko kecederaan yang dialami pertahanan, Kieran Gibbs dan Jack Wilshere ketika menentang Palace memaksa Wenger memikirkan semula rancangannya untuk memberi rehat tambahan kepada trio terbabit.

"Perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara Eropah menentang Besiktas adalah perlawanan besar buat kali dan kami hanya mempunyai masa yang singkat untuk pulih.

"Sebelum ini, ketiga-tiga pemain ini tidak akan beraksi dalam perlawanan ini. Namun kami akan menilai kembali perkara ini ia hanya berlaku sekiranya ada kes kecemasan.

"Permainan menentang Palace amat menyukarkan kami. Kami melepaskan gol daripada sepakan sudut pertama yang mereka raih dan mereka memperolehnya kerana kami masih belum memperoleh kepantasan sebenar dan ketika perlawanan hampir tamat, barulah kami benar-benar berbahaya," kata Wenger.

Arsenal ketinggalan di minit ke-35 menerusi jaringan Brede Hangeland namun berjaya menyamakan kedudukan menerusi Laurent Koscielny pada masa kecederaan babak pertama.

Dan kesempatan Palace yang dipaksa beraksi dengan 10 pemain digunakan sepenuhnya Arsenal namun gol yang diharapkan hanya terhasil menerusi Aaron Ramsey juga pada masa kecederaan. - AFP

Berita Harian X