Rabu, 6 Januari 2016 | 8:50pm
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat telah temui seorang lelaki melayu berumur 23 tahun berpakaian baju t-shirt berwarna biru dan berseluar jean berwarna hitam telah dijumpai 20 kaki dari tebing mangsa jatuh,kejadian di Sungai Langat,Kg Teluk Bunut. - Foto ihsan Bomba

Mayat lelaki terjatuh Sungai Langat ditemui


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat telah temui seorang lelaki melayu berumur 23 tahun berpakaian baju t-shirt berwarna biru dan berseluar jean berwarna hitam telah dijumpai 20 kaki dari tebing mangsa jatuh,kejadian di Sungai Langat,Kg Teluk Bunut. - Foto ihsan Bomba

BANTING: Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Langat, sejak semalam ditemui mati di sungai berkenaan berhampiran Kampung Teluk Bunut, di sini, petang tadi.

Difahamkan, dalam kejadian yang disedari kira-kira jam 4 petang itu, mangsa Muhammad Syairazi Jamaluddin, 24, dipercayai terjatuh ketika sedang berjalan-jalan di tebing sungai berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.03 petang  memaklumkan terdapat seorang mangsa terjatuh ke dalam sungai.

"Bertindak terhadap maklumat berkenaan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting dikejarkan ke tempat kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Operasi SAR bagaimanapun terpaksa dihentikan kira-kira jam 7 petang semalam berikutan keadaan semakin gelap.

"Usaha mencari mangsa diteruskan pagi ini dan mayat mangsa berjaya ditemui pada jam 5.20 petang kira-kira enam meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh," katanya ketika dihubungi.

Mayat mangsa yang berasal dari Kanchong Darat dibawa ke Hospital Banting, dekat sini untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga. 

Berita Harian X