Khamis, 31 Disember 2015 | 1:27pm

Wanita maut, tersepit dalam kemalangan


SEORANG wanita maut selepas kereta dinaikinya bersama seorang rakan terbabas di KM11 Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), pagi tadi.

BUKIT MERTAJAM: Seorang wanita maut selepas kereta dinaikinya bersama seorang rakan terbabas di KM11 Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa, Maizatul Hanim, 25, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas cedera parah akibat tersepit di dalam kenderaan.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam berkata, lapan anggota bersama jentera dikejarkan ke lokasi bagi mengeluarkan mangsa.

"Kereta terbabit dipercayai terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan menyebabkan pemandu berusia 45 tahun dan mangsa tersepit.

"Kita mengambil masa kira-kira 15 minit bagi mengeluarkan mangsa dan pemandu turut mengalami kecederaan serius," katanya.

Jenazah dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan pemandu mendapat rawatan di hospital sama.

Berita Harian X