Isnin, 28 Disember 2015 | 8:01am

Van Gaal masih dapat sokongan pemain - Carrick


Michael Carrick dan Louis van Gaal (gambar kecil).

MANCHESTER: Penolong kapten Manchester United, Michael Carrick menegaskan, pengurus pasukan yang kini berada dalam tekanan, Louis van Gaal masih mendapat kesetiaan dan kepercayaan penuh daripada pemain.

Van Gaal dijangka hilang jawatannya sekiranya United tewas kepada Chelsea di Old Trafford, malam ini selepas terdahulu tersingkir dari Liga Juara-Juara Eropah serta terjunam ke tangga keenam carta Liga Perdana Inggeris.

United juga sedang berdepan kemarau paling panjang tanpa sebarang kemenangan dalam tempoh 25 tahun.

"Satu tempoh yang buruk dan satu perasaan yang teruk. Ia amat menyakitkan.

"Kami tidak dapat berselindung daripadanya, kami tidak akan merahsiakannya," kata Carrick.

"Itu adalah kenyataan dan kami perlu menjadi lebih baik. Tidak betul sekiranya menyatakan pasukan tidak mencuba untuk membantu pengurus.

"Kami bermain untuk kelab terbaik. Ia sebuah kelab yang istimewa. Ia satu kebanggaan dalam diri kamu sendiri, kebanggaan berada dalam kelab dan kebanggaan terhadap semua pihak - rakan sepasukan dan juga pegawai," kata Carrick. - AFP

Berita Harian X