Sabtu, 26 Disember 2015 | 8:32pm

Rooney digugur jumpa Stoke City


KAPTEN Manchester United, Wayne Rooney. - Foto REUTERS

STOKE-ON-TRENT: Kapten Manchester United, Wayne Rooney, digugurkan daripada kesebelasan utama bagi pertembungan penting Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Stoke City, jam 8.45 malam ini.

Pengurus United, Louis van Gaal yang dilaporkan berkemungkinan dipecat selepas mengharungi enam perlawanan tanpa kemenangan menggelar kunjungan ke Stadium Britannia itu sebagai "perlu menang."

Rooney yang hanya meledak dua gol sepanjang musim ini muncul satu-satunya pemain yang disingkirkan Van Gaal daripada kesebelasan utama United, yang tewas 2-1 di Old Trafford kepada Norwich City, minggu lalu.

Pemain tengah Sepanyol, Ander Herrera menggantikan tempatnya.

Ketiadaan Rooney memberi peluang buat penyerang Perancis, Anthony Martial, untuk mengemudi jentera serangan United.

United ketika ini menghuni kedudukan kelima EPL, ketinggalan sembilan mata di bekalang pendahulu, Leicester City. - AFP

Berita Harian X