Rabu, 23 Disember 2015 | 9:49pm

Sultan Muhammad V hadir program Maulidur Rasul


SULTAN Kelantan, Sultan Muhammad V mendengar ceramah dari penceramah Ketua Jabatan Tamadun Islam Universiti Malaya, Dr Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid, sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Kelantan di Masjid Al-Ismaili, Wakaf Bharu. - Foto Fathil Asri.

TUMPAT: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berangkat ke Program Maulidur Rasul Peringkat Negeri di Masjid Al-Ismaili, Pasir Pekan di sini, malam ini,

Majlis diserikan dengan ceramah disampaikan oleh Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam Universiti Malaya, Dr Ahmad Faisal Abdul Hamid.

Yang turut berangkat, Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Sejurus menunaikan solat Isyak, baginda bersama jemaah berzanji dan berselawat, sekali gus menyempurnakan sambutan Maulidur Rasul.

18 dibaca
Berita Harian X