Isnin, 21 Disember 2015 | 6:44pm

Tayar lori tercabut, guru maut


SEORANG guru wanita, Norhaili Ahmad Zabidi, 40 maut selepas Proton Myvi yang dinaikinya terkena tayar sebuah lori pengangkut bauksit dari laluan bertentangan yang tercabut di Jalan Pintasan Kuantan - Pelabuhan berhampiran dengan Sungai Karang. - Foto ihsan JPAM

KUANTAN: Seorang guru wanita berusia 40 maut selepas Proton Myvi dinaikinya terkena tayar lori muatan bauksit yang tercabut di Jalan Pintasan - Pelabuhan berhampiran Sungai Karang dekat sini, jam 3 petang tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa Norhaili Ahmad Zabidi yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Balok dan berasal dari Taman Balok Perdana di sini, meninggal dunia di tempat kejadian.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian, tayar tengah di bahagian kanan lori Nissan UD yang dalam perjalanan dari bandar ini ke arah Pelabuhan Kuantan secara tiba-tiba tercabut.

"Tayar itu kemudian memasuki laluan bertentangan dan terkena Myvi dinaiki mangsa.

"Akibatnya, mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat," katanya.

Berita Harian X