Ahad, 20 Disember 2015 | 3:41pm

Mourinho tolak tawaran kelab Itali


JOSE Mourinho. - Foto EPA

LONDON: Jose Mourinho dilaporkan menolak tawaran untuk terus kembali ke dalam pengurusan dengan menyertai pasukan AS Roma.

Bekas bos Chelsea itu membuat pengumuman menerusi syarikat pengurusannya bahawa dia tidak akan mengambil cuti, namun menolak peluang mengemudi pasukan Serie A itu, menurut Independent.

Khabar angin semakin kuat mengatakan Mourinho boleh melihat kepada kerusi panas di Manchester United, selepas Red Devils berdepan kekalahan ketiga berturut-turut malam tadi.

Skuad Louis van Gaal tewas 2-1 di tangan Norwich City di Old Trafford, menjadikan ia enam perlawanan tanpa menang buat United, dan meletakkan mereka di luar empat pasukan teratas.

Mourinho dilaporkan sudah dihubungi beberapa kelab walaupun ia bukan daripada kelompok pasukan elit Eropah.

Chelsea menunjukkan sokongan mereka terhadap bos mereka yang sudah dipecat ketika menang mengatasi Sunderland dengan menyanyikan namanya berkali kali sepanjang 90 minit. - Agensi

Berita Harian X