Sabtu, 19 Disember 2015 | 12:21am

Nad Zainal sah bergelar isteri


PELAKON TV Wanita Popular ABPBH 2014, Nad Zainal bersama suami, Muhamad Faliq Amirudin pada Majlis Persandingan di Bukit Jelutong, Shah Alam, hari ini. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

SHAH ALAM: Dengan sekali lafaz, pelakon genit, Nad Zainal atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin, 25, sah bergelar isteri kepada Muhammad Faliq Amirudin, jam 3 petang semalam.

Majlis berlangsung secara tertutup di The Roof Garden Hotel, Bukit Jelutong, di sini.

Pasangan pengantin dinikahkan bapa Nad sendiri, Zainal Abidin Abu.

Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM350. Bagaimanapun, butiran lain dirahsiakan pengantin atas permintaan keluarga.

"Alhamdulillah semuanya berjalan seperti dirancang. Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis," kata Nad yang ditemui BH Online sebentar tadi ketika berlangsungnya majlis resepsi di lokasi sama.

Pasangan berkenaan sudah tujuh tahun berkenalan, namun cinta berputik pada awal tahun ini.

Kedua-duanya juga belum terfikir soal menimang cahaya mata dalam masa terdekat tetapi tidak menolak rezeki Allah.

Mereka juga belum merancang destinasi untuk berbulan madu.

Berita Harian X