Jumaat, 18 Disember 2015 | 10:52am
MANGSA kedua, Teh Tung Seng,19 (baju putih) yang sesat di Gunung Tok Wan dekat Hulu Langat sejak 8 pagi semalam ditemui dalam keadaan selamat pada jam 6.30 pagi tadi.
MANGSA kedua, Teh Tung Seng,19 (baju putih).

Remaja sesat di Gunung Tok Wan ditemui selamat

 

KAJANG: Remaja yang sesat ketika mendaki Gunung Tok Wan di sini, semalam ditemui selamat di kawasan anak sungai kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

  

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, mangsa, Teh Tung Seng, 19, ditemui 500 meter dari puncak gunung iaitu berdekatan anak sungai, dalam keadaan lemah.

 

"Dia (mangsa) berada dalam keletihan dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi, pagi tadi.

 

Seorang rakan Tung Seng, Chai Ming Sueng, 19, ditemui pada jam 5.41 petang semalam kira-kira 2.3 kilometer dari puncak Gunung Tok Wan selepas dilaporkan hilang sejak jam 8 pagi semalam.

 

Mereka dilaporkan sesat di kawasan gunung berkenaan ketika melakukan pendakian untuk beriadah.

15 dibaca
Berita Harian X