Khamis, 17 Disember 2015 | 7:21pm
PETA bandar Silopi dan Cizre di wilayah tenggara Sirnak. - Foto Google

Tentera Turki bunuh 23 militan PKK

ISTANBUL: Tentera keselamatan Turki membunuh 23 militan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) ketika operasi dua hari di bandar Silopi dan Cizre di Tenggara Turki, lapor Agensi berita Anadolu, semalam.

Kedua-dua bandar terbabit berhampiran sempadan Syria dan Iraq di wilayah tenggara Sirnak diletakkan di bawah perintah berkurung sejak malam Isnin lalu sebaik sahaja tentera Turki melancarkan operasi memburu pejuang PKK di kawasan itu. - Reuters

Berita Harian X