Isnin, 14 Disember 2015 | 5:36pm
ANGGOTA Bomba sedang mengeluarkan kaki kanak-kanak yang tersepit pada ekskalator di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh arah Utara di Muar, malam tadi. - Foto ihsan bomba

Bomba selamat kanak-kanak tersepit ekskalator


KAKI kanak-kanak lelaki tersepit pada ekskalator di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh arah Utara di Muar, malam tadi. - Foto ihsan bomba

MUAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun mengalami detik cemas apabila jari kaki kanannya tersepit pada ekskalator di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh arah Utara di sini, malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar, Pegawai Bomba Marzuki Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.34 malam dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Muar serta Bukit Gambir dihantar ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa.

"Anggota bomba terpaksa merenggangkan ekskalator menggunakan peralatan pertolongan cemas untuk mengeluarkan jari kaki mangsa," katanya.

Anggota bomba mengambil masa selama 20 minit untuk mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit," katanya.

Mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Farhan Zulkifli, enam tahun kemudiannya dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk rawatan susulan.

Berita Harian X