Isnin, 14 Disember 2015 | 1:09pm

PT3: Kembar amal solat tahajud capai keputusan cemerlang


NURIN Atirah Amani Khusaini Che Khalid (kiri) dan pasangan kembarnya, Nurin Afiqah Amani Khusaini. - Foto Fathil Asri.

KOTA BHARU: Solat tahajud setiap hari sejak Jun lalu menjadi amalan sepasang kembar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Nurin Atirah Amani Khusaini Che Khalid dan pasangan kembarnya, Nurin Afiqah Amani Khusaini, dari Sekolah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Libanat, masing-masing memperoleh 10 A dan 11 A, percaya amalan solat itu menyebabkan mereka memperoleh ketenangan untuk menghadapi peperiksaan itu.

"Selain itu, kami juga menyertai tadarus al-Quran anjuran sekolah setiap hari sebelum memulakan sesi pembelajaran.

"Kami juga meminta restu ibu bapa dan guru, sekali gus membawa kejayaan kepada kami," kata Nurin Atirah yang juga anak kepada pasangan guru.

Seramai 98 daripada 198 pelajar SMKA Naim Libanat mendapat 11A.

Berita Harian X