Isnin, 14 Disember 2015 | 12:00pm

PT3: SAM Bestari Subang Jaya lulus 100 peratus

PELAJAR PT3 Sekolah Agama Menengah (SAM) Bestari bergambar selepas mengambil keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3). - Foto NSTP

SUBANG JAYA: Sekolah Agama Menengah (SAM) Bestari di sini, mendapat keputusan lulus 100 peratus bagi pelaporan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang diumumkan hari ini.

Sekolah berkenaan mencatat gred purata sekolah sebanyak 1.28 tahun ini, meningkat sebanyak 0.34, berbanding 1.62 tahun lalu.

Seramai 20 pelajar mendapat 11A, manakala 10A (17 orang), 9A (18 orang), 8A (21 orang), 7A (15 orang), 6A (10 orang), 5A (2 orang) dan 4A (3 orang).

Berita Harian X