Ahad, 13 Disember 2015 | 1:09pm

Anzalna nikah Hanif Zaki 21 Februari


ANZALNA Nasir dan Hanif Zaki. - Foto ihsan Instagram Anzalna Nasir

KUALA LUMPUR: Anzalna Nasir akhirnya mengesahkan mengenai perancangan hari bahagianya bersama kekasih tercinta, Hanif Zaki.

Pengumuman itu dibuat secara langsung dalam rancangan hiburan, Melodi, TV3 hari ini sebentar tadi. Malah TV3 turut bertindak selaku media penyiar rasmi perkahwinan Anzalna.

Percintaan yang bertahan selama lima tahun ini akhirnya mendapat seruan ilahi untuk bertunang lantas mendirikan masjid mereka pada 21 Februari 2016 di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Ia akan diikuti dengan majlis persandingan mereka pula di Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada 27 Februari 2016.

Sebagai media penyiar rasmi perkahwinan Anzalna, TV3 menawarkan liputan eksklusif melalui beberapa program terkenal antaranya Mahligai Cinta, Nona, Wanita Hari Ini, dan Melodi. Aktres kelahiran Pulau Pinang, Anzalna Nasir, 27, yang turut dikenali sebagai Fariza dalam drama Love You Mr. Arrogant ini memilih jejaka Kuala Lumpur dan juga ahli perniagaan, Mohamad Hanif Mohamad Zaki, 27 sebagai pasangan hidupnya.

Pasangan ini sudah mengenali lebih 10 tahun. Menggemari reka bentuk moden dan menghargai kesenian tradisional, Hanif dan Anzalna mengimpikan sebuah perkahwinan berkonsepkan tradisional dengan sedikit sentuhan moden. Layari laman web www.tv3.com.my serta Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Penonton yang terlepas menyaksikan drama bersiri ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

53 dibaca
Berita Harian X