Jumaat, 11 Disember 2015 | 10:19pm

Atlet Russia kena ujian doping tambahan

MOSCOW: Atlet trek dan balapan Russia perlu berdepan ujian doping tambahan sebelum mereka boleh bertanding di kejohanan antarabangsa seperti Olimpik, walaupun selepas penggantungan persekutuan negara itu ditarik balik.

Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) menggantung Russia bulan lalu selepas dituduh mengendalikan program doping yang ditaja kerajaan.

Penggantungan itu menyaksikan Russia tidak boleh bertanding pada Sukan Olimpik di Rio tahun depan, tetapi hari ini IAAF berkata, jika penggantungan itu ditarik balik, atlet sukan negara itu tetap tidak akan diterima masuk semula ke pertandingan antarabangsa tanpa 'sekurang-kurangnya tiga ujian doping pertandingan.'

Terdapat keperluan ujian dadah tambahan bagi acara endurance, yang menyaksikan ramai atlet Russia digantung akibat doping kebelakangan ini. Atlet endurance harus memberikan tiga sampel untuk pelepasan biologikal.

Tiada tarikh ditetapkan sebagai sasaran untuk kemasukan semula Russia, kata Presiden IAAF, Sebastian Coe, dalam satu kenyataan, sebentar tadi. - AP

Berita Harian X