Rabu, 9 Disember 2015 | 5:13pm
PENGUNJUNG melawat gerai jualan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015 di PWTC. - Foto Fariz Iswadi Ismail

Orang ramai serbu 'food truck' di PAU 15

ANTARA peniaga trak makanan yang menjual pelbagai juadah berada di luar pekarangan PWTC.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 10 'food trak' menjual pelbagai juadah berada di luar pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, dikunjungi orang ramai sejak semalam.

Antara makanan yang dijual kepada pengunjung adalah juadah tradisional termasuk kuih-muih, minuman, selera utara seperti laksa dan rojak serta kebab.

Peniaga mengambil kesempatan untuk berkampung hingga Sabtu ini sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2015, dengan mula berniaga seawal jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Peniaga trak makanan, Asiah Aman, 54, berkata dia yang menjual minuman dan kuih-muih mampu meraih jualan hingga RM2,500 setiap hari di sepanjang Perhimpunan UMNO 2015 itu berlangsung.

"Saya sebelum ini berniaga di Pasar Sentul. Pagi saya akan ke sini dan malam ke pasar Sentul. Alhamdulillah, ramai yang datang ke food trak kami sejak awal pagi semalam," katanya.

Berita Harian X