Rabu, 9 Disember 2015 | 5:02pm

4 remaja sesat di Gunung Baling ditemui selamat

PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan layak ke final selepas menewaskan Vietnam menerusi penentuan sepakan penalti pada saingan Kejohanan Futsal AFF 2018 di Yogyakarta, sebentar tadi.

BALING: Empat remaja lelaki yang sesat di Gunung Baling, di sini tengah hari tadi ditemui selamat kira-kira 3 kilometer dari kaki gunung itu, 70 minit selepas meminta bantuan.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Baling Mohd Sufian Alias berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.38 tengah hari daripada mangsa yang mengatakan mereka sesat di atas gunung itu.

Katanya, sembilan anggota bomba dikerah bagi operasi mencari dan menyelamat, dan semua mangsa ditemui pada jam1.48 tengah hari sebelum operasi ditamatkan pada jam 2.34 petang.

Mangsa yang berasal dari Kupang dekat sini dikenali sebagai Mohd Hanif Mohd Sobri, Mohd Fahmi Mohd Fadzil, Nor Aiman Nor Aziffmi, dan Mohd Akmal Azamudin yang kesemuanya berusia 16 hingga 17 tahun.

Turut terbabit dalam operasi menyelamat ialah polis dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

-BERNAMA

Berita Harian X