Rabu, 9 Disember 2015 | 3:03pm
PUTRAJAYA 08 DECEMBER 2015. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili di sidang media semakan tarif elektrik di Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2016 di Putrajaya. NSTP/Abd. Rahim Rahmat

Projek Baraj Sungai Johor akan siap Mac 2016


MENTERI Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili di sidang media semakan tarif elektrik di Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2016, di Putrajaya. - Foto Abd. Rahim Rahmat

KOTA TINGGI: Projek pembinaan Baraj Sungai Johor dekat sini, yang dilihat mampu menyelesaikan masalah bekalan air di negeri ini akan disiapkan sepenuhnya pada Mac tahun depan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata projek bernilai RM80 juta itu kini sudah siap hampir 77 peratus.

Katanya, projek itu bertujuan mengawal kemasukan air masin ke Sungai Johor pada musim kemarau.

"Ia dijangka dapat mengurangkan penerobosan air masin sekali gus meningkatkan takungan air bersih Sungai Johor sehingga 550 juta liter sehari," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, sebentar tadi selepas meninjau perkembangan kerja pembinaan projek Baraj Sungai Johor di Taman Kota Intan, dekat sini.

Berita Harian X