Isnin, 7 Disember 2015 | 10:50pm

Skandal rasuah FIFA menjijikkan - Beckham


LEGENDA bola sepak dunia, David Beckham. - Foto AFP

LONDON: Russia dan Qatar harus kekal menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018 dan 2022, kata David Beckham, yang turut menggambarkan skandal dihadapi FIFA sebagai 'menjijikkan'.

FIFA berdepan krisis rasuah sejak Mei lalu apabila 14 pegawai eksekutif berada dalam senarai siasatan rasuah yang dikendalikan FBI.

Minggu lalu, 16 lagi pegawai mereka didakwa pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Presiden FIFA, Sepp Blatter dan Presiden UEFA, Michel Platini, dikenakan penggantungan 90 hari tatkala satu siasatan jenayah Swiss berhubung bidaan Piala Dunia 2018 di Russia dan 2022 (Qatar) mula dilancarkan pada awal tahun ini.

Beckham, yang juga sebahagian daripada delegasi FA ditanya sekiranya penahanan dan prospek presiden baharu pada 2016 bakal membawa makna FIFA melakukan sebarang peralihan.

"Tidak," kata Beckham.

"Masih banyak yang perlu dilakukan. Dalam keadaan berkecamuk pastinya ia memerlukan masa untuk menyelesaikannya.

"Sama ada ia rasuah ataupun tidak, kedua-dua negara itu sudah pun dipilih. Semua pihak perlu meletakkan isu berkenaan di belakang.

"Ia lebih kepada membawa bola sepak ke sebuah negara baharu. Saya fikir mereka harus kekal dengan keputusan itu." - AFP

Berita Harian X