Isnin, 7 Disember 2015 | 6:29pm
HARGA fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 meningkat 5.5 sen kepada 493.5 sen sekilogram dan lateks pukal susut 2.5 sen kepada 365 sen sekilogram. - Foto hiasan

Pasaran getah ditutup tinggi

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini seiring dengan niaga hadapan getah Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM).

Seorang peniaga berkata, keyakinan di pasaran dalam negara didorong oleh pasaran niaga hadapan getah TOCOM yang lebih kukuh yang merupakan kenaikan mingguan tertinggi dalam tiga bulan dipacu oleh pasaran saham Tokyo memberangsangkan.

Harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 meningkat 5.5 sen kepada 493.5 sen sekilogram dan lateks pukal susut 2.5 sen kepada 365 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga penutup bagi SMR 20 menokok lapan sen kepada 495 sen sekilogram manakala lateks pukal naik 1.5 sen kepada 363.5 sen sekilogram.

- BERNAMA

Berita Harian X