Ahad, 6 Disember 2015 | 11:49pm
PENGACARA, Nabil Ahmad (kiri) dan Jihan Muse menyanyi bersama Datuk Yusof Haslam pada Konsert Gegar Vaganza Musim 2 peringkat separuh akhir di Auditorium MBSA Shah Alam. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

6 peserta berentap di peringkat akhir GV2


HAIZA membawa lagu Flora Cinta pada Konsert Gegar Vaganza Musim 2 peringkat separuh akhir di Auditorium MBSA Shah Alam. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

SHAH ALAM: Enam peserta mara ke peringkat akhir pertandingan Gegar Vaganza 2 (GV2) yang bakal berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Ahad depan.

Mereka adalah Faradhiya, Nassier Wahab, Haiza, Siti Nordiana, Ezad Lazim dan Acong.

Malam ini juga menyaksikan Azian Mazwan Sapuwan, yang mendendangkan lagu nyanyian asal Safura berjudul Sedalam Mana Cintamu, tersingkir selepas berada di kedudukan dua terbawah selama tiga minggu berturut-turut.


AZIAN Mazwan Sapuwan membawakan lagu Sedalam Mana Cintamu pada Konsert Gegar Vaganza Musim 2 peringkat separuh akhir di Auditorium MBSA Shah Alam. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Enam peserta akhir bakal bersaing, termasuk secara 'battle' minggu depan untuk merebut gelaran juara dan membawa pulang RM100,000 serta sebuah lagu baharu.

GV2 sepatutnya berakhir pada malam ini, namun disambung seminggu lagi selepas mendapat sambutan hangat daripada penonton.

Pertandingan itu diadili sepenuhnya oleh juri profesional, yang dibarisi Datuk Ramli MS, Datuk Khatijah Ibrahim dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam selaku juri jemputan pada minggu ini.

14 dibaca
Berita Harian X