Jumaat, 4 Disember 2015 | 10:10pm

Cazorla mungkin tidak bermain hingga 4 bulan


SANTI Cazorla.

LONDON: Arsene Wenger berkata semalam bahawa Santi Cazorla boleh diketepikan sehingga empat bulan selepas mengalami kecederaan ligamen lutut ketika seri berdepan Norwich minggu lalu.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu kekal berada di padang dekat Carrow Road selepas pertembungan kuat pada babak kedua yang memburukkan lagi rentetan kecederaan pemain Arsenal.

Laurent Koscielny sudah tidak dapat bermain kerana kecederaan pinggul diikuti Alexis Sanchez kerana kecederaan hamstring.

Kedua-dua pemain itu dikeluarkan namun Cazorla terus bermain dengan Wenger kini mengakui dia mungkin akan kehilangan pemain tengah berpengaruh itu untuk tempoh empat bulan.

"Ada kemungkinan," kata Wenger katanya ketika ditanya mengenai laporan mengatakan pemain berusia 30 tahun itu akan diketepikan sehingga Mac.

"Sebenarnya kami mahu semua mereka bersama kami, tetapi kami sudah bersedia untuk menghadapinya. Adalah satu kehilangan besar terhadap pemain seperti itu tetapi ia juga adalah peluang buat pemain untuk masuk dan menggantikannya dan menunjukkan mereka memiliki kualiti dan mereka masih segar serta boleh memberikan impak kepada pasukan.

"Pemain yang cedera dalam tempoh dua minggu lalu tidak akan bermain esok dan siapa yang kembali ke dalam skuad mungkin Laurent Koscielny, dan keputusan mengenai Theo Walcott akan dibuat pagi esok." - AFP

Berita Harian X