Jumaat, 4 Disember 2015 | 8:33pm
AHLI perniagaan Malaysia, Lee Ah Wan. - Foto NSTP

Ahli perniagaan Malaysia ditembak mati di Hatyai


AHLI perniagaan dari Kedah, Lee Ah Han mati ditembak di dalam keretanya ketika dalam perjalanan dari Sadao menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai, Songkhla, tengah hari tadi. - Foto NSTP

HATYAI: Seorang ahli perniagaan Malaysia mati ditembak tengah hari tadi oleh pihak yang belum dikenali semasa dalam perjalanan dari Sadao menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai, Songkhla.

Mangsa dikenali sebagai Lee Ah Wan, 54, yang berasal dari Kedah tetapi menetap di Mukim Sanakam, Daerah Sadao, Songkhla.

Ketua Polis Mukim Thunglung, Kolonel Polis Wichapan Chantaraporn berkata, Lee ditembak semasa berada dalam sebuah Mercedes Benz S300 bersama teman wanitanya yang cedera dalam kejadian itu.

Beliau berkata penembak yang berada dalam sebuah kereta menggunakan raifal M16 untuk melepaskan berpuluh-puluh tembakan ke arah kereta mangsa di Jalan Kanchanavanich, Kg Klongplom, Mukim Thunglung, Hatyai.

Lee terkena lebih 10 das tembakan di kepala dan badan serta terdapat berpuluh kesan tembakan pada keretanya, kata Wichapan.

Motif pembunuhan masih disiasat sama ada turut mempunyai kaitan dengan soal perniagaan. - BERNAMA

Berita Harian X