Khamis, 3 Disember 2015 | 7:01pm
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat menjalankan operasi mencari mangsa yang hilang muara Sungai Muda dekat Kampung Tepi Sungai, Kota Kuala Muda awal pagi semalam. - Foto Omar Osman
EDY Rosnizam Mohamad, hilang selepas terjatuh kedalam Sungai Muda ketika sedang tidur didalam bot. - Foto Omar Osman

Nelayan jatuh Sungai Muda disahkan maut

SUNGAI PETANI: Nelayan yang dilapor hilang selepas terjatuh ke Sungai Muda di Kampung Tepi Sungai, dekat sini, awal pagi tadi, disahkan maut selepas mayatnya ditemui sebentar tadi.

Mayat Edy Rosnizam Mohamad, 33, ditemui terapung oleh nelayan bersama sepasukan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kira-kira jam 6 petang.

Jurucakap JPBM Kedah, berkata mayat mangsa ditemui terapung di kawasan pesisir pantai dan ia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi tadi, Edy Rosnizam yang bekerja sebagai nelayan hampir 10 tahun dikatakan tidur di atas bot miliknya berhampiran Pusat Pendaratan Ikan Kampung Tepi Sungai di Kota Kuala Muda, sebelum tiba-tiba disedari terjatuh dan hilang dalam laut.

Berita Harian X