Selasa, 1 Disember 2015 | 1:07pm

Mangsa banjir di Perak kekal 338 orang

BANJIR di Ladang Eow Seng. - Foto Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

IPOH: Jumlah mangsa banjir di Perak kekal 338 orang daripada 98 keluarga setakat pagi ini, kata Pengarah Bomba dan Penyelamat Perak, Datuk Yahya Madis.

Beliau berkata, 139 orang daripada 33 keluarga di Bagan Serai yang membabitkan Kampung Permatang Tengah, Changkat Lobak dan Parit Air Hitam masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak.

"Di Bukit Merah iaitu Batu 38, Batu 40, Parit Abu Hassan, Kampung Ali Kalang, Kampung Beriah, Parit Lebai Kadir, Parit Mat Keling, Parit Air Hitam 2, Simpang Empat dan Lima pula, seramai 172 orang daripada 55 keluarga masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Merah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Yahya berkata, sejumlah 27 orang daripada 10 keluarga dari Ladang Eow Seng, Kampung Tersusun Tali Air dan Simpang Lima di Parit Buntar dipindahkan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Simpang Lima.

Beliau berkata, air masih berada pada paras 0.3 hingga 1.2 meter di semua lokasi terbabit.

- BERNAMA

Berita Harian X